Actually saya dah malas dah nak send sebarang guide, tips, promo dekat database dan followers saya sendiri.

Kalau tengok stats, bulan lepas saya update pasal projek saya.

Bulan lepas saya ada share pasal AI Founder asalnya nak ajar kat orang pasal cara buat produk guna AI sampai boleh buat duit 5-6 angka sebulan.

Dari sharing saya tu, saya buka program dimana saya asalnya nak ajar orang selama SETAHUN buat biz guna AI.

Saya jujur je lah ya..

Yang join program tu ada 2 orang je.

Sorang join, then lepas seminggu dia mintak refund. Dia cakap nak pakai duit dan tak percaya dengan program saya.

Maka tinggal la sorang lagi..

Sorang lagi tu dia dah bayar full tapi saya yang asalnya dah rangka program tu untuk guide 10 orang selama SETAHUN, end up saya refund kan je dia full.

Dia pun nampaknya lebih suka dapat refund tu dari nak belajar dari saya. Entah kalau program tu dah jalan, dia pun akan mintak refund juga di hari pertama.

Bengkek jugak rasa.

Then saya rasa macam tak berbaloi penat lelah saya kalau saya nak ajar orang SETAHUN, dengan harga hanya 2500.

Dapat pulak tu orang yang tak serius. Padahal saya beriya bagai siap buat modul dan block jadual saya semua.

Hampess.

Saya pun lepas refund tu saya decide untuk tutup terus tak nak buat dah AI Founder tu.

“Dari aku buat program ajar orang camni, baik aku buat projek sendiri”

Start dari last month tu la saya buat 3 projek baru iaitu 2 SaaS dan 1 lagi subscription biz.

3 projek tu saya buat SOLO tanpa bantuan partner dan staff langsung. Saya just rasa bengkek orang buat main masa saya n saya decide untuk all out on these 3 projects.

Hasilnya tak sampai sebulan..

Korang tengok la sendiri kat bawah income dari 3 projek ni..

Projek atas ni start live hujung bulan lepas. Saya vibe code dalam few days, terus henjut marketing. Saya caj $9 sebulan dan rata-rata mat saleh nampak murah dan now dah beratus subscriber.

Next saya balun projek SaaS yang ke-2. Actually SaaS ni saya develop serentak cuma feature dia lebih complicated so saya baru release last week.

Ada 3 pakej dan syukran semua pakej pun laku..

Sekarang baru puluhan subscriber ada yang subscribe $9, $19, dan $29. On the way menuju ke ratusan subscriber jugak ni nanti kalau ikut trend ads.

Dan projek ketiga ni pula adalah projek local yang saya hanya pasarkan di pasaran tempatan.. Macam biasa, ni projek yang ada branch. Branch pun semua digital dan saya hanya monitor guna AI sahaja.

Projek ketiga ni saya bagi HINT sikit - saya pernah buka peluang partner untuk join pada awal tahun ni. Tapi juga ZERO sambutan. So lebih baik saya jalan solo tinggalkan orang lain.

Alhamdulillah..

Saya tak tau saya patut bersyukur or tak..

Sebab asalnya saya buat program AI Founder ni nak tolong orang. Saya caj masa tu RM2500 n saya target nak 10 orang je.

Jika saya mencapai target, saya akan dapat RM 25k SETAHUN.

Banyak ke? Bagi saya sangat tak banyak la sebab kalau 25k setahun, sebulan average saya cuma dapat RM 2k. Gaji macam keje kilang je.

Niat dihati memang serius nak tolong orang je..

Tapi bila saya rasa bengang dan rasa dikecewakan oleh orang yang saya nak tolong, saya pulun 3 projek yang jenis subscription, so far dah dapat kurang lebih RM 30k+ SEBULAN.

Kalau saya fikir tekak saya saja, memang saya bersyukur la.

Thanks sangat pada yang minta refund tu dan yang saya refund sorang lagi tu sebab bagi saya motivasi booster.

Dan semua benda ni saya berjaya achieve:

  1. TANPA PERLU guna personal branding saya langsung. Tengok la FB Personal saya mana ada update pasal projek-projek ni. Semua socmed saya berhabuk sampai orang ingat ada something bad happened kat saya.
  2. TAK PERLU buat TikTok live kerja macam founder-founder tengah malam pun ngadap tiktok. Saya dah la lama gila tak buat LIVE. Agaknya last masa kovid kot.
  3. SAYA HANYA kuasai Vibe Coding dan juga Ads. Itu sahaja. Dan apa yang saya kuasai ni SEMUA orang boleh kuasai kalau tau cara. Tapi semua sombong taknak belajar kan saya yang dapat makan sorang.
  4. TAK PERLU TUNJUK MUKA langsung pun saya buat semua projek ni. Tak payah saya upload benda ni brand apa saya buat. Orang beli sebab produk saya berguna untuk dia, bukan sebab nama Ammar Zahar. Sebab tu nama dan socmed saya sendu pun saya tak kisah.. Biar tak famous asalkan masyuk!
  5. SAYA BUAT SECARA PART TIME je ketiga-tiga projek ni dan hanya bermodalkan sebuah PC, bajet iklan, dan ChatGPT Plus je.

Saya anggap ini satu personal achievement saya yang saya cukup bangga pada hari ini..

Bukanlah niat saya ni nak riak dan menunjuk-nunjuk..

Tapi saya nak anda tau yang dizaman AI ni, anda tak perlu berhempas pulas bersusah payah nak kena buat LIVE, nak kena update social media hari-hari, dan nak kena follow trend AI yang salah.

Bila cakap pasal AI, saya tengok ramai orang buat silap. Sibuk bebenor follow AI buat video la, AI buat content la, AI buat itu ini la..

Itu namanya AI untuk produktiviti sahaja.. Yang kita ni founder sibuk nak guna AI dah macam kerja designer dan videographer dah kenapa??

Kita patutnya guna AI untuk buat duit. Kita kan founder. Macam saya ni produk pun AI buat. Operation AI buat. Marketing pun AI buat. Saya hanya perati je dia buat keje..

Dan bila semua orang pakai content AI, silapnya adalah customer akan muak dengan content tu dan taknak bagi attention dah kat content kita tu.

Basic marketing adalah attention. Tapi kalau dah semua pun AI punya design, orang akan skip je. Tahun lepas boleh la nak buat. Kalau tahun ni sorry memang dah outdated.

At the end of the day, kita yang kena hentak AI kita cukup-cukup sampai buat duit 5-6 angka sebulan untuk kita.

Bukan kita yang dok perabih duit bayar token AI tapi hasil tak seberapa pun.

Honestly speaking, saya buat 3 projek baru saya tu saya tak ada bayar satu sen pun dekat token AI. Saya guna ChatGPT Plus yang harga tak sampai 100 sebulan tu je!

Nak kantoikan lagi, kos ads saya tak sampai RM 2000 untuk ketiga-tiga projek ni so far. Thanks to AI saya yang cerdik mendapatkan kos murah kerana dia tau bos dia kedekut.

Baki bulan ni saya nak pulun lagi 3 projek subscription.

Kalau boleh saya nak hentak sekali 10 projek baru sebulan dan biorkan dia go autopilot and by the end of the year saya dah ada 60 projek yang jenis subscription tiap bulan duit masuk goyang-goyang.

Lagi senang rasanya hidup dari tengok founder sampai ke tengah malam jadi hamba TikTok sampai kena makan 40% komisyen bagi ke TikTok.

Dengan projek-projek ni, saya rasa macam nak berhenti terus main social media. Berhenti terus update content kat Telegram.

Saya terfikir untuk apa saya terus update socmed dan telegram n send email ke subscriber saya? Kalau update pun kerikk kerikkk..

Pastu niat nak bantu, jadi tak ada sambutan pulak n orang ingat saya yang nak ambik kesempatan.. Hampeh betul.

Rasa macam lebih baik saya go behind the scene tutup semua socmed dan go under the radar je.. Sebab saya boleh je masuk any niche dan setup subscription biz kat situ buat 5-6 angka sebulan. Saya dah berjaya buktikan dalam sebulan ni.

Apa pendapat korang yang follow saya?

Adakah patut saya ajar lagi orang atau lebih baik saya pencen je mengenangkan saya sendiri dah tak relevan dalam industri IM ni.

Saya nak baca feedback korang, cuba send kat whatsapp saya 0102000230 atau email [email protected].

Kalau korang bertuah mana tau saya terbuka hati untuk pilih sorang dua dan tunjukkan ‘lubuk emas’ saya ni ke.. Hohoho.

Tapi kalau krikk krikk takde sambutan jugak, saya rasa ini mungkin jadi email TERAKHIR je dari saya dalam arena IM ni.

Buang karen je saya je syok sendiri kengkonon nak ajar dan bantu orang tapi orang sebenarnya taknak belajar pun kan.

-

Ikhlas

Ammar Zahar

P/S Yang hampir serik dah ni nak tolong dan ajar orang pasal business dan Internet Marketing. 😅